Tarikh : 21 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Menyediakan platform pembelajaran secara dalam talian Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) yang ringkas, menyeronokkan dan menarik perhatian. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menghubungkan semua sekolah melalui satu platform pembelajaran. 
   
Aktiviti 
Peserta adalah 2 orang pelajar daripada sekolah kebangsaan terap.  Mereka datang ke pusat internet serdang untuk meminta bimbingan cara membuka web frog VLE sendiri. Sebelum ini peserta hanya buka disekolah. Petugas membantu peserta cara untuk membuat carian dengan menggunakan perkataan "Frog VLE". Peserta di minta untuk memilih web yang terpapar selepas carian. Petugas membantu dan membimbing peserta cara untuk log masuk dengan memasukkan katalaluan dan id yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Petugas juga membantu cara untuk memilih untuk membuat latihan ataupun kuiz. Peserta dibiarkan untuk meneroka web dan membuat latihan yang terkandung di dalam web tersebut.

Gambar Disini