Sambutan Maulidur rasul untuk tahun 2018 telah diadakan pada 20 november 2018 bertempat di Masjid Al-Fateh. Ahli persatuan Wanita Islam antara para peserta yang telah memasuki pertandingan perarakan pada hari tersebut sempena sambutan Maulidur Rasul. Hal ini adalah secara tidak langsung untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli  persatuan-persatuan yang menyertai program tersebut.

Penerangan MyShop bersama Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Pusat Internet Serdang pada 17 Ogos 2017 pada pukul 2.00petang - 5Petang. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi lebih info dan pendedahan cara menggunakan Myshop Apps dan juga di komputer. 

Program Tadarus Al-Quran sempenan bulan Ramadhan 2017 telah diadakan sejak 2 Ramadhan-15 Ramadhan telah dihadiri seramai 13 peserta termasuk petugas Pusat Internet Serdang. Program ini adalah kerjasama di antara pihak Pusat Internet Serdang dengan AJK Persatuan Penduduk Taman Melur. Program Tadarus telah dijalan di Homestay Dato Muhal yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet Serdang. Hasil perbincangan awal, program ini sepatutnya berlangsung di Pusat Internet Serdang. Di sebabkan di atas permintaan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melur kami menukar lokasi tadarus di homestay milik pengerusi sempena bakal pembukaan homestay yang dijangka selepas Hari Raya AidilFitri nanti.

Majlis Khatam Al-Quran telah di adakan di Pusat Internet Serdang. Majlis Khatam ini adalah majlis penutup sempena Majlis Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung di homestay Dato Muhal sepanjang awal Ramadhan.

Bengkel kecantikan bersama usahawan (BC) MaryKay telah di jalankan di Pusat Internet Serdang pada petang sabtu 13 mei 2017. Peserta yang hadir adalah daripada kalangan surirumah komuniti serdang yang ingin belajar asas kecantikan bersama MaryKay.