Pelancongan

Kawasan rekreasi batu hampar Merupakan kawasan pelancongan yang sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air sungai yang mengundang kedamaian adalah tarikan utama pengunjung ke sini. Selain itu, lokasinya yang berhampiran dengan bandar baharu, dan Lebuh raya Bandar Baharu merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung ke sini. Lokasinya hanya kira-kira 6-7 kilometer sahaja dari pekan serdang.
 
Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah tapak perkhemahan dan kem, kawasan untuk aktiviti riadah, dewan minda untuk kemudahan kem, surau, dan tandas awam. Juga disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan, laluan basikal bukit dan laluan motorsikal lasak. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi.
 
Oleh itu, ia bersesuaian dengan pencinta alam yang ingin meneroka khazanah alam dan mencari kedamaian di sini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan yang disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini.

 

Air Terjun Batu Hampar

 

Taman Tasik Seri Serdang

Tasik seri serdang adalah satu taman riadah yang cantik dan lengkap dengan fasiliti untuk beriadah. Kebanyakan komuniti di sini datang untuk bersantai dengan ahli keluarga dan untuk melepaskan penat setelah seharian bekerja. 

 

 

Taman Tasik Pentadbiran Serdang