Bengkel panduan/ tips "DIY" fotografi produk telah diadakan di pusat Internet Serdang pada 20mei. Bengkel ini melibatkan para usahawan dan juga belia yang baru mula nak belajar jualan secara online. Ketika bengkel berlangsung, petugas Pusat Internet Serdang telah menerangkan dan memberi tips cara untuk photoshot gambar dengan cara dan kaedah yang betul.

 

26 Mac 2017 -Taklimat berkenaan kesedaran penggunaan laman Internet bersama Pusat Internet Kluster Kulim Bandar Baharu telah diadakan pada 26 Mac 2017 (Ahad) bertempat di DKU ADTEC Kulim. Semua pelajar dan semua kakitangan ADTEC Kulim turut hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Wakil Pusat Internet. PI yang terlibat adalah PI Serdang, PI Lubuk Buntar, PI Bandar Baharu, PI Kg Kuala Selama, PI Sungai Batu, PI Karangan, PI Gunung Bongsu dan PI Kilang Lama.

 

Program 'I Am Volunteer' Serdang Bersih 2016 telah diadakan pada hari sabtu 27 Februari 2016 pada pukul 8.00 pagi. Aktiviti pembersihan telah di jalankan di kawasan luar dan dalam tandas awam seri tasek serdang. Aktiviti ini adalah anjuran bersama persatuan belia melayu aktif dengan kerjasama majlis daerah bandar baharu.

BELIA

PENGENALAN BELIA SERDANG KEDAH

Belia adalah aset terpenting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan bergantung kepada peranan yang dimainkan golongan ini. Justeru, sebagai menghargai sokongan serta sumbangan penting golongan ini kepada negara sejak lebih 57 tahun lalu. Maka setiap tahun kerajaan meraikan mereka menerusi sambutan Hari Belia Negara yang ditetapkan setiap 15 Mei, seperti pada hari ini supaya menjadi warganegara yang mencintai dan mengasihi negara kerana mereka mewakili masa depan. Di kawasan Mukim Serdang, segala aktiviti belia dan sukan adalah sangat aktif di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (PBSDBB), Persatuan Belia Melayu Aktif (PeBMA), serta Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.

CARTA ORGANISASI PEJABAT BELIA & SUKAN DAERAH BANDAR BAHARU

NAMA JAWATAN
Poh Swee Yon     Pengerusi Belia Dan Sukan
(masih kosong) Penolong Pengerusi
Fariza Binti Ghazali Pembantu Peg. Belia & Sukan
Mohd Sofian Bin Samad Pem. Peg. Belia & Sukan (Rakan Muda)
Suryanizaina binti Abd Wahab Pembantu Tadbir

(masih kosong)

Penggerak
(masih kosong) Penggerak
(masih kosong) Penggerak