Majlis Bacaan Yasin telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Dato Haji Zainuddin pada 7.9.2017 untuk pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksan UPSR. Majlis bacaan yasin bersama pelajar guru dan juga waris.



sumber : Terima kasih puan Aziyati ahli Pusat Internet Serdang kerana berkongsi maklumat.

PENDIDIKAN


"Pendidikan" adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Pendidikan bermula dari peingkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Di kawasan Mukim serdang terdapat tadika,sekolah rendah dan menengah yang didirikan untuk memberi peluang pendidikan kepada masyarakat setempat.

Antaranya adalah :

1. Tadika Kemas Kampung Batu 18

2. Tadika Perpaduan Pekan Serdang

3. Tadika Tunas Islam Al-Furqan (PASTI)

4. Tadika Abim Annur

5. Tadika Cahaya Shuhada 

6. Tadika Cina Serdang

7. Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang

8. Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru 

9. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Serdang

10. Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin

11. Sekolah Kebangsaan Jalan Selama

12. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ganesar

13. Pusat Tahfiz Ibu Sina Serdang