Keselamatan


Definisi Keselamatan (Security)

Diberi definisi iaitu sentiasa berada dalam keadaan selamat (as the state of being secure) iaitu bebas dari sebarang bahaya, risiko, jenayah, gangguan, pengkhianatan dan pencerobohan yang akan mendatangkan mudarat kepada kesentosaan, keamanan serta keselamatan moral.
Keselamatan yang terjamin amat penting bagi masyarakat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, di samping untuk memelihara kesejahteraan dan ketenteraman. Peranan anggota polis dan badan bukan kerajaan seperti RELA amat penting dalam membantu mengekang masalah yang berlaku. Berikut merupakan pihak yang boleh dihubungi berhubung isu keselamatan.

Kerjasama dengan agensi berkaitan, seperti:

• Polis Diraja Malaysia (PDRM)
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Serdang (AADK)
• Ikatan Relawan Rakyat (RELA)
• Lain-lain yang ada hubungkait dengan keselamatan

Alamat Balai Polis
IBU PEJABAT POLIS DAERAH BANDAR BAHARU (IPD)
Polis Di Raja Malaysia
Jalan selama,
09800 Serdang Kedah.

Tel :04-407 7222

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SERDANG

09800 Serdang Kedah