Ringkasan Kes COVID-19 pada 3 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 93
Perincian kes baharu:-
--> 0 kes import
--> 93 kes penularan tempatan (91 BWN, 2 WN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,970

Jumlah kes aktif: 1,324

Kes sembuh: 61

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,531

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 6 (Seramai 2 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 115

Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM

KESIHATAN

Kesihatan didefinisikan sebagai“keadaan fizikal, mental dan sosial seseorang yang menyeluruh, bukan hanya tidak berpenyakit atau tidak berdaya” (World Health Organization, 1947).Dalam definisi ini, terdapat tiga komponen utama yang perlu kita lihat bagi memahami maksud kesihatan.Komponen-komponen tersebut ialah kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan sosial.Bagi mencapai kesihatan seperti yang ditakrifkan,kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengubah tingkah laku kesihatan serta gaya hidup bagi memperbaiki keadaan diri kita.Oleh hal yang demikian,promosi kesihatan dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai kesihatan diri yang optimum.
Antara institusi kesihatan yang terdapat di serdang adalah seperti berikut:-

SENARAI PEJABAT KESIHATAN

PEJABAT KESIHATAN DAERAH BANDAR BAHARU 

Serdang 09800

Kedah.

No Tel : 04-407 6446
No Fax : 04-407 9611

 

KLINIK KESIHATAN SERDANG

09800 Serdang

Kedah

No Tel : 04-4077355

No Fax : 04-4079611

 

 

KLINIK PERGIGIAN SERDANG

09800 Serdang

Kedah

No Tel : 04-407 6344

Poliklinik Dr.Azhar & Rakan-Rakan

Rumah Kedai Dataran UMNO,

Lot 6 & 13, 09800 Serdang

Kedah

No. Tel : 04-407 9969

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1.tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 2.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 3.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 4.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.