SEJARAH NEGERI

Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri tertua di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke-4 lagi. Daripada penemuan arkeologi ini, bukti telah menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung (Kedah) telah didiami manusia purba semenjak zaman batu lagi. Antara alat-alat yang dijumpai termasuklah alatan untuk bercucuk tanam.

Daripada kajian yang dibuat, didapati bahawa penduduk-penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang-orang Melayu-Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja-kerja bertani di kawasan pedalaman, terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada logam.

ASAL-USUL NAMA KEDAH

Bagi sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

 

MAKLUMAT ASAS DAERAH BANDAR BAHARU

Daerah bandar baharu merupakan sebuah daerah kecil dari 11 daerah yang terdapat di negeri kedah darul aman. Daerah ini terletak di selatan negeri kedah, bersempadan dengan perak utara dan daerah nibong tebal, seberang perai selatan. Sungai kerian menjadi pemisah atau sempadan diantara utara perah dan selatan kedah iaitu Bandar baharu. Keluasan daerah Bandar baharu adalah 27,126.12 hektar.

Daripada sumber lisan, daerah Bandar baharu sebelum ini di kenali sebagai Seberang Haji Ali sempena nama tokoh tempatan yang berulang alik dari pekan parit buntar ke Bandar baharu pada ketika itu menggunakan sampan untuk menyeberang.

Bandar baharu merupakan pekan kecil di pinggir sungai yang dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pada tahun 1928. beberapa pusat pentadbiran kerajaan telah wujud pada masa itu. Antaranya, pejabat daerah, pejabat tanah, pejabat pentadbiran kastam dan balai polis.

Pegawai daerah yang pertama adalah tuan Syed Abu Bakar Shahidin(15/11/1928 – 12/3/1929). Di bawah pentadbiran daerah Bandar baharu pada asalnya terbentuk 7 mukim iaitu :

1.mukim bagan samak
2.mukim permatang pasir
3.mukim sungai kecil ilir
4.mukim relau
5.mukim serdang
6.mukim kuala selama
7.mukim sungai batu 

Kesemua mukim ini ditadbir oleh pengghulu yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai daerah.sekarang ini mukim bagan samak dan permatang pasir di cantum menjadi satu mukim iaitu mukim bagan samak. Oleh itu, mukim yang ada sekarang adalah 6 mukim sahaja.

Sebelum merdeka sungai kerian menjadi jalan penghubung di kalangan penduduk di situ. Penempatan penduduk adalah dipinggir sungai. Manakala selepas merdeka perkembangan infrastruktur seperti jalan raya telah di bina. Penempatan penduduk mula berubah. Mereka mula membina rumah-rumah di persekitaran jalan dan terbentuklah kampung-kampung yang mudah dihubungi.

Manakala menurut sumber lisan lain, daerah Bandar baharu yang dulunya dikenali sebagai Pengkalan Haji Ali. Haji Ali merupakan orang rawa dan seorang yang kaya. Beliau tinggal di kampung permatang pasir. Setiap kali ingin keluar pekan, beliau akan mengupah seorang cina untuk membawanya menaiki lanca ke tebing sungai kerian. Kemudian beliau akan mendayung sampan menuju destinasi yang diingininya. Pada masa itu juga terdapat kemudahan kereta kuda yang digunakan untuk pengangkutan jauh.

Dahulunya daerah Bandar baharu tidak mempunyai pegawai daerah. Ia ditadbir oleh seorang penghulu. Penghulu yang pertama ialah Penghulu Ahmad yang bertugas di kawasan bagan samak. Semasa beliau mentadbir kawasan tersebut, beliau telah mati ditembak oleh orang yang tidak dikenali dan tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Selepas peristiwa tersebut, sulatan kedah iaitu Sultan Abdul Hamid merancang untuk dating ke pengkalan haji ali. Tetapi baginda tidak dapat datang di atas sebab-sebab tertentu dan mengarahkan Tengku Sulong menggantikan tempatnya. Gelaran sultan pada masa itu ialah Yang Amat Mulia Tuan. Selepas kedatangan Tengku Sulong, baginda telah mengubah Pengkalan Haji Ali kepada Jajahan Bandar Baharu.

Lebih kurang tahun 1916, jajahan Bandar baharu menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Terdapat pejabat-pejabat kerajaan yang penting seperti pejabat daerah, pejabat tanah, pejabat pos, pejabat kastam,pejabat candu dan balai polos. Pejabat candu dimiliki oleh orang british. Bandar baharu dipilih sebagai daerah kerana kawasan tersebut dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan. Contoh negeri yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Bandar baharu ialah pulau pinang. Perdagangan dijalankan dengan menggunakan pengangkutan tongkang dan kapal yang bernama intan. Mereka berdagang melalui sungai kerian. Contoh barang dagangan ialah rempah ratus dan ubi kentang. Barangan yang lain diangkut menggunakan lori. Tertubuhnya pejabat kastam adalah bertujuan untuk memeriksa barangan dagangan tersebut. Sebuah pengkalan telah dibina bagi memudahkan kerja-kerja memeriksa barangan oleh pihak kastam.

Semasa penjajahan british, mereka telah membuka banyak ladang getah. Kawasan yang paling banyak adalah di kampung kubu dan kampung bagan samak. Hasil getah tersebut akan diangkut oleh kapal intan. Selain itu terdapat juga penanaman padi bukit yang dijalankan oleh orang-orang kampong. Aktiviti melombong turut dijalankan iaitu di kampung permatang pasir. Akibatnya berlaku penghijrahan imigran cina ke Bandar baharu. Kaedah mendulang di gunakan dalam aktiviti perlombongan. Orang cina memonopoli perniagaan kedai runcit manakala orang melayu hanya bekerja kampung.

Rancangan awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di Bandar baharu telah ditentang oleh penduduk kampung sungai kecil ilir dan relau. Namun selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung air puteh hingga relau dan sungai kecil ilir, mereka mula menyokong cadangan tersebut. Bermula tahun 1997, pusat pentadbiran kerajaan mula berpindah ke serdang. Serdang dipilih sebagai tapak pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar baharu. Ini memudahkan orang ramai untuk berurusan.

Aktiviti perlombongan bijih timah turut dijalankan di serdang. Namun ianya berlaku selepas merdeka. Sehingga sekarang masih terdapat bekas-bekas lombong yang ditinggalkan. Malah pejabat daerah dan tanah yang ada sekarang ini sebenarnya telah didirikan diatas tapak bekas lombong yang telah ditimbus. Bekas-bekas lombong yang lain telah dijadikan tempat rekreasi.

Sejak perubahan tempat pentadbiran ke serdang, serdang makin pesat berkembang. Semua pejabat kerajaan beroperasi di serdang. Antaranya, pejabat daerah dan tanah, majlis daerah Bandar baharu, mahkamah syariah, pejabat agama, jabatan kebajikan masyarakat,balai polis,balai bomba, pejabat pos, hong leong bank dan lain-lain lagi.

 

Sumber : Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu

 

 Tragedi Feri Karam Di Sungai Kerian 

Mengikut sumber yang terdapat dalam group "Sahabat Parit Buntar" gambar yang telah dimuat naik oleh "Pak teh nassir HC" admin group tersebut.  Mengikut info daripada komen-komen orang lama yang menettap di kawasan parit buntar, bandar baharu dan juga kawasan sekitar, tragedi feri karam telah berlaku pada 13 september 1972. Feri yang menjadi salah satu pengangkutan untuk menghubungkan penduduk di daerah bandar baharu kedah untuk ke parit buntar perak. Akibat daripada tragedi tersebut sebuah jambatan telah dibina untuk menghubungkan 2 daerah ini.