JKKK Mukim Serdang


Peranan Dan Fungsi JKKK


JKKK merupakann badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program atau projek pembangunan di dalam kampung. JKKK juga menentukan senarai keutamaan projek pembangunan di dalam kampung. Selain itu, mereka juga bertindak untuk menilai kemajuan pelaksanaan program dan projek pembangunan di dalam kampung.


JKKK juga bertindak sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melaporkan segala musuh negara saperti subersif, anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan penyalahgunaan dadah dan kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah badan perantaraan / perhubungan dua hal antara wakil-wakil rakyat dan Pegawai Kerajaan dengan penduduk-penduduk kampung.
JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan menggembeling tenaga sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.