Pengenalan dashboard telah diadakan di Pusat Internet Serdang bersama pengerusi,setiausaha,bendahari dan juga ajk-ajk daripada pertubuhan perkumpulan perempuan(WI) daerah Bandar Baharu. Perbincangan ini di lakukan adalah sebagai langkah untuk mempromosikan aplikasi dashboard yang terdapat di Pusat Internet Serdang. Disamping itu pihak Pusat Internet Serdang juga turut mempromosikan penggunakan aplikasi dashboard di telefon pintar. Hal ini adalah untuk memudahkan pengguna khususnya usahawan untuk memasukkan produk di dalam myshop. Selain itu ia juga dapat memudahkan pengguna untuk membuat sebarang aduan atau hebahan tanpa perlu ke Pusat Internet.