Pengenalan dashboard telah diadakan di Pusat Internet Serdang bersama pengerusi,setiausaha,bendahari dan juga ajk-ajk daripada pertubuhan perkumpulan perempuan(WI) daerah Bandar Baharu. Perbincangan ini di lakukan adalah sebagai langkah untuk mempromosikan aplikasi dashboard yang terdapat di Pusat Internet Serdang. Disamping itu pihak Pusat Internet Serdang juga turut mempromosikan penggunakan aplikasi dashboard di telefon pintar. Hal ini adalah untuk memudahkan pengguna khususnya usahawan untuk memasukkan produk di dalam myshop. Selain itu ia juga dapat memudahkan pengguna untuk membuat sebarang aduan atau hebahan tanpa perlu ke Pusat Internet.

 

Ahli Puspanita menyertai pertandingan memasak ikan air tawar ketika majlis Perasmian Tasik Pentadbiran Serdang.

WANITA


Wanita merupakan pendukung kepada pembangunan negara. Kini penglibatan kaum wanita untuk menceburi diri dalam pelbagai sektor industri seperti kecantikan, makanan, pakaian dan lain–lain telah berjaya menyumbang dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Kejayaan kaum wanita juga menjadi sumber aspirasi kepada masyarakat dalam mengorak langkah lebih jauh untuk menghadapi cabaran masa depan. Antara pertubuhan wanita yang terdapat di Daerah Bandar Baharu adalah WANITA ISLAM (WI) yang dipengerusi oleh Pn. Zaharah.