USAHAWAN ONLINE

Nama : Nor Syamimi Aida binti Mohd Noor
Umur : 28 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Syamimi bekerja sebagai kerani pengurusan di Maahad Tahfiz swasta. Sejak abangnya menjalankan perniagaan ‘inspired perfume’, beliau kini mula cuba menceburkan diri berniaga sebagai dropship minyak wangi yang dihasilkan oleh abangnya. Mulanya ada rasa takut terutama bila beliau kurangmahir menggunakan platform online atau e-dagang seperti Shopee.Kini beliau sudah mula mendapat hasil jualan di Shopee selepas tahu asas selepas mengikuti bengkel asas Shopee di Pisat Internet Serdang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Awalnya, Syamimi ada rasa takut terutama bila beliau kurang mahir menggunakan platform online atau e-dagang sebagai platform untuk berniaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Bengkel Asas Shopee di PI Serdang, beliau berasa yakin untuk ‘setup’ kedai online sendiri di Shopee. Yang paling buat beliau teruja ialah apabila beliau mula menjana pendapatan ‘inspired perfume’ di Shopee.