Nama : Ahmad zamerul Nizam Bin Mohd Noor
Umur : 37 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Encik Ahmad Zamerul Nizam bin Mohd Noor berkecimpung dengan perniagaan minyak wangi bermula pada bulan Ogos 2019. Nama kedai yang dipilih adalah The Fragrance Family. Minyak wangi yang dihasilkan adalah minyak wangi Eau De Parfum yang di inspirasikan dari wangian antarabangsa terkemuka. Dengan menggunakan pati yang sangat berkualiti tinggi, wangian ini dapat bertahan minimum selama 8 jam pada kulit serta 24jam di baju

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI Serdang, Encik Zamerul hanya menggunakan laptop dan internet untuk urusan kerja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas suntingan imej dengan menggunakan laman web dan aplikasi Canva,Encik Zamerul banyak menggunakan Canva untuk tujuan suntingan gambar produk minyak wangi beliau untuk dimuatnaik ke Facebook.