Nama : Roslinda binti Hassin
Umur : 27 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Pada awalnya peserta merupakan belia lepasan SPM yang tidak mahir menggunakan sebarang perisian di komputer. Linda tak mahir untuk menaip surat, sunting gambar dan lain-lain tugasan yang melibatkan perisian komputer.Oleh kerana rasa peri pentingnya penggunaan komputer untuk mencari pekerjaan,masa itulah Linda mengikuti kelas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet Serdang. BUkan itu sahaja, Linda juga mula rasa suka berniaga secara dropship secara separa masa, yang mana Linda sedar bahawa suntingan imej gambar juga sangat penting.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Linda tak mahir untuk menaip surat, sunting gambar dan lain-lain tugasan yang melibatkan perisian komputer. Tambahan lagi Linda mula rasa elok juga untuk cuba-cuba berniaga secara separa masa untuk tambah pendapatan sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas asas komputer, ‘Desktop Publishing’ dengan bimbingan petugas Pusat Internet Serdang,Linda mula rasa mudah dan senang menggunakan komputer untuk membuat/menambahbaik ‘resume’ untuk mendapatkan pekerjaan.Selain itu, Linda juga sudah mula ceburkan diri dengan perniagaan secara dropship - lebih mahir menyunting gambar produk berbanding sebelum sebelum ini.