USAHAWAN ONLINE

Nama : Noor Haizan   binti Mat Razali
Umur : 36 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan ibu bekerjaya dan menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian (‘online’) bagi menambah pendapatan keluarga. Terdapat beberapa jenama yang dijadikan stok dan juga terdapat juga jenama produk yang dijalankan secara sistem “dropshipping”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, hanya melihat kawan rapat sahaja yang menjalankan perniagaan sampingan di atas talian. Kemudiannya, beliau mula memberanikan diri untuk mencuba melakukan perkara yang sama. Perniagaan sampingan ini lebih diketahui oleh saudara mara & kawan-kawan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan ini mula menerima sambutan / tempahan daripada orang lain selain saudara mara dan kawan-kawan melalui Facebook : Noor Haizan Izan