USAHAWAN ONLINE

Nama : Norlela binti Yusof
Umur : 41 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Norlela ialah seorang surirumah. Atas keperluan untuk menambahkan pendapatan keluarga dan meringankan beban suami, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara sambilan di rumah. Bermula dengan Perfway e-Mall, kini beliau beralih menjadi usahawan produk-produk Hai-O dan mengiklankan produk di Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mahir dengan ICT, Norlela lebih fokus kepada urusan rumahtangga semata-mata sehinggalah timbul satu kesedaran kepada dirinya untuk mencari pendapatan sampingan bagi mengurangkan beban suami. Beliau telah menjalankan perniagaan secara “online” di laman web Perfway tetapi hanya dengan bantuan rakan. Beliau tidak mempunyai akses secara terus kepada laman web tersebut kerana beliau tidak mahir untuk pergi ke laman web itu.  Beliau mendekati PI1M Serdang selepas diberitahu oleh jirannya yang merupakan pengunjung PI1M, yang mengatakan bahawa pihak PI1M Serdang ada menganjurkan kelas-kelas asas ICT dan sudi mengajar sehingga mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet, Norlela mula meluaskan kenalan di Facebook kerana tanpa meluaskan kenalan, beliau percaya perniagaannya tidak akan ke mana-mana. Di samping itu, beliau juga ada mempraktikkan transaksi atas talian sebagaimana yang ditunjukkan oleh petugas PI1M. Pengiklanan berkaitan produk-produk juga dimuatnaik di Facebook.