Taman lebah kelulut Azikha merupakan tempat terbaru yang harus dilawati oleh semua orang, terutamanya untuk pelajar-pelajar selain daripada Tasik Serdang. Taman lebah kelulut telah dilawati ramai pelajar dan juga belia dewasa dan juga warga emas daripada mana-mana persatuan dalam negeri kedah dan juga luar negeri kedah.

Taman lebah kelulut Azhika diusahakan oleh En Ismail, dulunya beliau hanya membela lebah madu kelulut di kawasan lapang tepi bukit bersebelahan rumah beliau di Taman Serdang. En Ismail juga menjual madu lebah kelulut dan juga menghasilkan produk sabun berasaskan madu kelulut beliau sendiri. Setelah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan En ismail telah membuka tapak baru di mana terdapat lebih 30 sarang lebah kelulut.

Keistimewaan taman lebah kelulut Azhika, para pelawat akan diterangkan cara penjagaan dan juga mengenali lebah kelulut dengan lebih dekat. Pelawat juga diberi peluang untuk merasa setiap madu di setiap sarang, dimana setiap sarang walaupun daripada jenis yang sama tapi rasa setiap sarang adalah berbeza. Pelawat juga diberi peluang sebagai pengalaman untuk menyedut lebah kelulut sendiri dengan bantuan pengusaha.