Hari sukan negara telah diadakan di daerah serdang bandar baharu pada 8 oktober 2016. Di mana semua NGO dan badan kerajaan mengambil bahagian. Program ini juga terbuka kepada semua penduduk serdang untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara penduduk. Pusat internet 1malaysia kluster bandar baharu telah bergabung tenaga dengan membuka booth pusat internet 1malaysia dimana pi1m dapat mempromosikan berkenaan program dashboard, pendaftaran ahli pi1m dan juga pendaftaran kelas ICT.