Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik, menang atau kalah adat pertandingan, jangan malu jangan segan, belum cuba belum tahu ada bakat terpendam. InsyaAllah pasti ada juga ganjaran. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Pertandingan poster ini adalah berdasarkan TEMA yang telah ditetapkan seperti berikut:
Tema 1: Sabar Sebelum Sebar (Perkongsian Maklumat Palsu)
(1 Sept – 15 Sept)
Tema 2: Mana Adab? (Penggunaan Berhemah) (16 Sept – 30 Sept)
Tema 3: Syurga Ekspress? (Extremism) (1 Okt – 15 Okt)
Tema 4: Permata Hatiku (Pelindungan Kanak-Kanak di Atas Talian)
(16 Okt – 30 Okt)
Tema 5: Antara Pahala dan Dosa (Perkongsian Maklumat) (31 Okt – 14 Nov)
Tema 6: Menjauhkan yang Dekat (Ketagihan Internet) (15 Nov – 29 Nov)
Nak tahu lebih lanjut? Jom layari www.dakwahdigitalkdb.my
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Serdang
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tarikh : 2 June 2016
Tenaga Pengajar : En Ahmad Zamerul Nizam Bin Mohd Noor
http://mukimserdang.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=715#sigFreeId97cc977a6b
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Serdang
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tarikh : 1 June 2016
Tenaga Pengajar : Khairun Amila (Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Serdang) di bantu oleh Norizan (Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Sg Batu)
http://mukimserdang.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=715#sigFreeId421976c758
Pihak MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020. Semua warga serdang di alu-alukan untuk menyertai program ini. Anda juga boleh datang ke Pusat Internet 1Malaysia Serdang sekiranya ingin mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan video.
TERMA DAN SYARAT
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
A. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016 adalah anjuran bersama
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia.
2. Tempoh pertandingan ini adalah selama tiga (3) bulan bermula dari 1 Jun
hingga 1 September 2016.
3. Tema pertandingan adalah ‘Memperkasakan Remaja Digital dengan Gaya
Hidup Sihat (‘Empowering Digital Youth with Healthy Lifestyle’).
B. Kelayakan Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 hingga 24 tahun
mengikut kategori seperti berikut:
Kategori I (13 – 15 tahun)
Kategori II (16 – 18 tahun)
Kategori III (19 – 24 tahun)
C. Terma dan Syarat Pertandingan
1. Penyertaan adalah percuma.
2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Bagi penyertaan berkumpulan, setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari 5
orang (termasuk ketua kumpulan). Borang ahli kumpulan seperti di
Lampiran A.
3. Peserta boleh menghantar tiga (3) video yang berlainan. Walau bagaimanapun,
setiap peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
4. Peserta dan pelakon di bawah umur 18 tahun yang terlibat dalam
penghasilan video perlu mengisi Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga
(Lampiran B).
5. Peserta hendaklah mengisi dengan lengkap Borang Penyertaan dan Borang
Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga (bagi yang berumur di bawah 18 tahun).
Borang-borang ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang
www.infosihat.gov.my
6. Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon.
7. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.
8. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
9. Konsep video adalah berdasarkan tema ’Memperkasakan Remaja Digital
dengan Gaya Hidup Sihat (Empowering Digital Youth with Healthy
Lifestyle)’.
Peserta hendaklah memilih SATU TAJUK SAHAJA bagi setiap penyertaan
seperti berikut :
Tajuk 1: Aktiviti Fizikal dan Pemakanan Sihat
Contoh Isu:
i) Aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan yang ideal
ii) Pemakanan seimbang untuk mencapai berat badan ideal
iii) Mengurangkan pengambilan makanan segera (fast food)
iv) Isu kekurangan berat badan, berlebihan berat badan atau obesiti
v) Persepsi imej diri remaja
vi) Isu pengambilan suplemen untuk kesihatan
Tajuk 2: Kesihatan Seksual dan Reproduktif
Contoh Isu:
i) Bahaya seks bebas (kehamilan remaja, jangkitan penyakit kelamin,
HIV/AIDS)
ii) Bahaya pornografi
iii) Siber seks
iv) Menangani gangguan seksual dan rogol
v) Kebersihan diri (personal hygiene)
vi) Hubungan (relationship) selamat dan bertanggungjawab, dll
vii) Kecelaruan gender
Tajuk 3: Kesihatan Mental / Psikologi
Contoh Isu:
i) Memupuk keyakinan diri (self-esteem) dan kemahiran daya tindak (coping
skills)
ii) Menangani isu buli (fizikal & buli siber)
iii) Menangani isu budaya media sosial (contoh: mencari perhatian dalam
kalangan netizen/attention seeking/over-sharing dll)
iv) Menangani stres, kerisauan, kemurungan dan bunuh diri
v) Kemahiran komunikasi berkesan dan mendapatkan bantuan
Tajuk
4: Mencegah Tingkah Laku Berisiko
Contoh Isu:
i) Etika penggunaan internet / media sosial
ii) Ketagihan internet & gajet
iii) Penyalahgunaan substan (rokok, vape, alkohol, dadah dll)
iv) Keganasan & kecederaan (mengelak budaya merempit dan gengsterisma)
v) Penggunaan masa produktif (bersukan, beriadah, aktviti sukarelawan dll)
vi) Penggunaan media sosial secara tidak beretika (maklumat perubatan
palsu, ketagihan internet)
vii) Memupuk jati diri dan resilien (matlamat hidup jelas, sikap asertif,
kemahiran komunikasi dan kemahiran hidup)
10. Video yang dihasilkan hendaklah meliputi aspek pencegahan,
pengawalan, cara mendapatkan bantuan dan lain-lain dalam bentuk
yang POSITIF dan KREATIF.
11. Durasi iklan hendaklah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk
montaj dan kredit.
12. Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
13. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk
media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV & MP4.
14. Resolusi minima video yang dihantar:
Kategori I dan II adalah Video HD
720p (1280 x 720 pixel resolution)
Kategori III adalah Video Full HD
1080p (1920 x 1080 pixel resolution)
15. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan di
platform Google Drive. Kongsikan pautan video (link video) tersebut ke
alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
16. Peserta dikehendaki untuk menyediakan sinopsis/ringkasan isi kandungan video.
Sila gunakan jenis tulisan (font) Arial, saiz tulisan 11 dan single
spacing.
17. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
18. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilainilai
murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina manamana
pemimpin dan individu.
19. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak
menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua penyertaan TIDAK
BOLEH dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran
penganjur.
20. Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana
pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
21. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
22. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.
D. Tuntutan Hak Cipta
1. Kementerian Kesihatan Malaysia berhak menggunakan karya penyertaan untuk
promosi Program Perkhidmatan Kesihatan Remaja dan dalam semua bentuk
promosi kesihatan yang lain.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia berhak untuk membuat suntingan terhadap
video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi kesihatan.
E. Hadiah dan Keputusan Pertandingan
1. Tawaran hadiah bagi setiap kategori (Kategori I, II dan III) adalah seperti
berikut:
Hadiah Tempat Pertama : RM 5,000 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : RM 3,000 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : RM 2,000 dan sijil penyertaan
2. Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta
kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
3. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon dan emel.
4. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.
F. Tempoh pertandingan
1. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 1 September 2016 (Khamis) jam
12:00 tengah hari.
2. Peserta dikehendaki menghantar melalui alamat emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 1 September
2016 (Khamis) sebelum jam 12:00 tengah hari dengan memuatnaik
perkara-perkara seperti berikut:
2.1 Borang Penyertaan Pertandingan Video Kreatif Kesihatan
Remaja 2016 yang telah lengkap diisi (format PDF);
2.2 Lampiran A - Penyertaan berkumpulan sahaja (Format PDF);
2.3 Lampiran B – Borang Kebenaran Ibu Bapa bagi peserta dibawah
umur 18 tahun (Format PDF);
2.4 Sinopsis video
2.5 Sertakan pautan video (video link) di alamat emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan
penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup.
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Urusetia
Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E10, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pn. Ervinna Marie Donny Pn. Melor Bt. Selar En. Mohd. Yazlie
03-8883 4106 03-8883 4379 03-8883 2812
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.infosihat.gov.my
www.myhealth.gov.my
Tarikh : 27. mac 2016
Masa : 9.00 pagi-2.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Baharu
Tenaga Pengajar : Puan Rozita
http://mukimserdang.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=715#sigFreeId949fd2d5a0