Tarikh : 8 Jun 2022
Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan asas microsoft office word
   
Aktiviti 
Peserta di dedahkan dengan cara untuk membuka dan menutup microsoft office word. Peserta di minta untuk menulis artikel ringkas dan diperkenalkan dengan menu-menu yang terdapat dalam microsoft office word. Peserta juga dia ajar cara untuk menyimpan artikel yang telah di tulis.

Gambar Disini

Tarikh : 7 Jun 2022
Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul.
Aktiviti 
Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas, membuat folder baru dan cara simpan file. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul dan basic editing.

Gambar Disini

Tarikh : 23 Mei 2022
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 Orang

 

Tujuan 
Temuduga online
Aktiviti 

Pengguna hadir ke PEDi Serdang untuk menggunakan kemudahan komputer dan melayari internet untuk hadir temuduga secara online.

Gambar Disini

Tarikh : 4 Jun 2022
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 10 orang 

 

Tujuan 
Program ini ialah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembelajaran asas cara untuk menghasilkan "surprise bouquet" 
Aktiviti 

Peserta diberi pengenalan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah bouquet sama ada menggunakan coklat, duit atau bunga. Bengkel asas ini di ajarkan 2 jenis bouquet iaitu bouquet menggunakan coklat dan juga bunga. Peserta dia ajar cara untuk susun kertas lipatan, melipat dan menyusun coklat dan bunga. Peserta juga di ajar cara untuk meniup belon dan melekatkan sticker pada belon. Di akhir bengkel, program penyerahan sijil dan hadiah kepada peserta yang menghasilkan bouquet terbaik.  

Gambar Disini

Tarikh : 24 April 2022
Masa : 9.00 Pagi - 1.30 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 7 Orang

 

Tujuan 
Temuduga untuk jawatan Rakan Digital di PEDi Serdang
Aktiviti 

Temuduga secara online di PEDi Serdang untuk mengisi kekosongan jawatan kosong untuk jawatan Rakan Digital di PEDi Serdang.

Gambar Disini