Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti telah di jalankan di PI serdang pada 12 ogos 2017. Program bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dan Pusat Internet Serdang. Ketika program dijalankan, komuniti diperkenalkan dengan aplikasi dashboard di mana penerangan cara-cara menggunakan aplikasi dashboard seperti cara untuk membuat hebahan menggunakan pelantar MyKomuniti. Menjual dan membeli menggunakan Myshop dan juga pemeriksaan tekanan darah menggunakan iHealth. Komuniti juga diajar cara untuk memuat turun aplikasi dashboard di dalam handphone. Selain itu, pertandingan kuiz dan mewarna juga di adakan sebagai aktiviti selingan untuk memeriahkan majlis.

Klik Gambar Program untuk melihat gambar program.

Laporan Aktiviti Bulan Januari 2016
Laporan Aktiviti Bulan Febuari 2016
Laporan Aktiviti Bulan Mac 2016
Laporan Aktiviti Bulan April 2016

Kelas Microsoft Office telah dijadualkan pada 1 june 2016 dimana para peserta yang terdiri daripada belia seramai 27orang telah hadir ke pusat internet serdang. Kelas microsoft di ajar oleh pengurus pusat internet kuala selama iaitu Puan Khairun Amila. kelas microsoft office bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00petang. Sesi pembelajaran di mulakan di ruang hadapan kaunter kerana bilik latihan tidak muat untuk tempatkan pelajar seramai 27 orang dan penyampaian nota dari petugas melalui slide powerpoint kepada para peserta. selepas sesi penerangan asas tentang microsoft dan juga pengenalan microsoft, para peserta di beri latihan untuk membuat resume menggunakan microsoft office word 2010, semasa proses latihan, petugas dapat melihat sejauh mana pemahaman dan potensi peserta menggunakan button-button editing yang terdapat dalam word. semasa peroses membuat latihan juga para peserta akan lebih mudah untuk memahami cara menggunakan microsoft word. selepas semua peserta siap membuat latihan, para peserta di minta untuk membuat persembahan resume kepada semua peserta. hal ini adalah untuk memantapkan lagi pemahaman para peserta.

kelas diteruskan selepas makan tengahri di mana peserta di beri pendedahan dengan microsoft powerpoint. para peserta diminta untuk membuat kumpulan terdiri daripada 4 peserta. mereka di beri latihan pengukuhan untuk membuat persembahan powerpoint bertajuk "menarik di.." semasa proses latihan mereka diminta untuk menggunakan semua medium yang terdapat di dalam powerpoint. Di akhir pembelajaran setiap kumpulan diminta untuk membuat persembahan slide yang telah di buat oleh para peserta.