Tarikh : 15 Mac 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul.
   
Aktiviti 
Peserta adalah pelajar sekolah rendah yang berusia 8 dan 10 tahun yang belum ada basic menggunakan microsoft office word. Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul.

Gambar Disini

Tarikh : 14 Mac 2018
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang ibu atau bapa di mana mereka datang untuk belajar cara untuk membuat pendaftaran secara online untuk pendaftaran pra sekolah dan juga tahap satu.
Aktiviti 
Para pelajar diajar cara untuk membuka browser crome. Petugas meminta ibu atau bapa memasukkan alamat laman web atau dengan cara menulis perkataan carian seperti "pendaftaran prasekolah" atau "pendaftaran tahap satu" . Petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk membuat pendaftaran baru di dalam laman web yang tersedia dan juga memberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang dengan lengkap. Seterusnya terus mencetak keluar data yang telah di masukkan.

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mac 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Ujian semak pemahaman ini terdiri daripada seorang peserta. Ujian ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pemahaman selama kelas pemprosesan kata yang telah di hadiri.
Aktiviti 
Peserta di terangkan ujian yang perlu dibuat,di mana peserta perlu meniru seperti artikel dan surat rasmi yang telah di berikan. Peserta di minta untuk memasukkan format seperti latihan yang diberikan. Dimana terdapat format yang telah di ajar sebelum ini seperti mengubahsuai jenis perkataan, paragraf, clipart insert picture, wordart, numbering dan format-format asas lain yang terdapat di dalam pemprosesan kata.

Klik gambar DISINI

Tarikh : 8 Mac 2018
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang ibu atau bapa di mana mereka datang untuk belajar cara untuk membuat pendaftaran secara online untuk pendaftaran pra sekolah dan juga tahap satu.
   
Aktiviti 
Para pelajar diajar cara untuk membuka browser crome. Petugas meminta ibu atau bapa memasukkan alamat laman web atau dengan cara menulis perkataan carian seperti "pendaftaran prasekolah" atau "pendaftaran tahap satu" . Petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk membuat pendaftaran baru di dalam laman web yang tersedia dan juga memberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang dengan lengkap. Seterusnya terus mencetak keluar data yang telah di masukkan.

Gambar Disini

Tarikh : 22 Fabuari 2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Relau
Peserta : 350 orang

 

Tujuan 
Program ini dihadiri anggaran 350 orang peserta terdiri daripada surirumah, pesara, pekerja swasta, pekerja kerajaan dan juga kanak-kanak. program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Pusat Internet  menyertai aktiviti di booth SKMM untuk tujuan memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan di  Pusat internet.
Aktiviti 
Para peserta diterangkan kelebihan menjadi ahli, berpeluang mengambil ujian tekanan darah menggunakan peralatan my health, memperkenalkan dashboard di mana ia berfungsi untuk memudahkan komuniti membuat hebahan atau aduan kepada pihak berkuasa tempatan tanpa perlu berjumpa terus. Selain itu peserta juga diterangkan berkenaan my shop kepada usahawan-usahawan yang membuka booth pada hari kejadian. Di samping itu, pihak pusat internet juga mengadakan aktiviti sampingan seperti kuiz dan teka silangkata.

Klik gambar DISINI