Tarikh | : 4 Mei 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 1 orang (OKU) |
Tujuan | |
Meningkatkan dan menambah pengetahuan kepelbagaian cara untuk menggunakan microsoft office word | |
Aktiviti | |
Peserta adalah pelajar sekolah menengah berumur 15 tahun, beliau seorang OKU dari segi penglihatan di mana ada kecacatan sedikit pada bebola mata. Peserta diteruskan dengan latihan cara untuk membina jadual menggunakan microsoft word. Peserta di minta untuk membuat satu latihan jadual keputusan ujian. Peserta di ajar cara untuk memilih design jadual, mewarna jadual, menukar tulisan dan mewarna tulisan. Peserta juga di ajar format jadual di mana peserta perlu memilih untuk merge cell, delete cell, add cell. | |
Tarikh | : 3 Mei 2018 |
Masa | : 3.00petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan dan menambah pemahaman peserta menggunakan microsoft excel dengan operasi asas tambah. | |
Aktiviti | |
Peserta di teruskan dengan latihan microsoft excel. Peserta di beri satu latihan jadual di mana peserta di minta untuk mengubah kedudukan tulisan di dalam cell dengan menggunakan format alighment. Menukar jenis tulisan,saiz tulisan, tukar warna tusan dan warnakan kotak cell. Seterusnya peserta di beri satu latihan jadual kewangan di mana peserta perlu memasukkan jumlah kewangan. Peserta di ajar cara untuk menukar format nombor kepada matawang. Peserta juga di ajar operasi mudah iaitu operasi tambah memandangkan peserta adalah pelajar sekolah rendah. |
|
Tarikh | : 28 April 2018 |
Masa | : 3.00petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PI1M Serdang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan peserta dengan ebih meluas lagi tentang laman sosial yang boeh dilawati. | |
Aktiviti | |
Peserta di perkenalkan dengan email, cara untuk membuat email. Selepas mendaftar email, peserta di ajar cara untuk menghantar email, forward email dan juga balas email. Peserta juga di ajar bahagian setting email. Selepas belajar bab email, peserta di dedahkan dengan web sosial iaitu facebook. Peserta adalah seorang surirumah, beliau belum pernah menggunakan akaun facebook. Petugas membantu peserta untuk membina satu akaun facebook menggunakan email yang telah didaftarkan. Mengemaskini profil, mencari kenalan, berkongsi gambar, membaca dan menulis status di wall, mengesahkan kenalan, membina kumpulan dan cara untuk keluar dari akaun facebook. |
|
Tarikh | : 28 April 2018 |
Masa | : 9.30 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan | |
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul. | |
Aktiviti | |
Peserta adalah lepasan pelajar sekolah menengah. Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul. Memandangkan peserta adalah bekas pelajar sekolah menengah, jadi tiada masalah untuk menggunakan komputer buat pertama kali ketika mengikuti kelas di Pi1m Serdang. Peserta juga boleh menaip menggunakan microsoft office word dengan baik ketika di beri latihan asas di mana peserta perlu menaip ke semua nombor, huruf dan juga simbol yang terdapat di papan kekunci. |
|
Tarikh | : 26 April 2018 |
Masa | : 3.00petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan microsoft office excel. | |
Aktiviti | |
Kelas sambungan dimana peserta memasuki modul seterusnya iaitu asas pengenalan microsoft excel. Peserta di beri penerangan bagaimana untuk membuka microsoft excel. Peserta juga diterangkan asas yang terdapat di dlam microsoft excel seperti nama sel. Cara untuk menaip di dalam kotak sel. Peserta diberi satu latihan ringkas dimana perlu memasukkan data ke dalam sel. Seterusnya peserta di beri nama sel secara rawak dan meminta untuk memasukkan data ke dalam sel yang telah dipilih. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman peserta untuk mengenali setiap sel. |
|