Tarikh : 2 Mei 2024
Masa : 5.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 

Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan pengetahuan dalam penggunaan ict

Aktiviti 

Peserta di beri penerangan dan pengenalan cara menggunakan microsoft office powerpoint,peserta juga di ajar cara untuk memilih theme, layout dan background pada slide. 

Gambar disini

Tarikh : 2 MEi 2024
Masa : 4.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan pengetahuan kepada peserta untuk menggunakan Ai Rakyat.
Aktiviti 

Peserta diberikan penerangan dan di ajar cara untuk menggunakan platform AI Rakyat. Modul ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman tentang AI, di akhir sesi  peserta mendapat sijil.

Gambar Disini

Tarikh : 18 April 2024
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan pemahaman peserta  cara menggunakan microsoft office word dengan baik.
Aktiviti 
Aktiviti yang dilakukan ketika kelas pada hari ini adalah, peserta diminta untuk menaip sebuah artikel. Setelah selesai menaip artikel, peserta di minta untuk mengubah artikel mengikut arahan yang telah di sediakan. Arahan mudah untuk menukar sesetengah petikan dan ayat seperti menukar saiz tulisan,jenis tulisan,menambah garisan dibawah perkataan dan mengubah menggunakan arahan mudah. Peserta juga di ajar cara untuk memasukkan gambar yang telah diambil di dalam internet.

Gambar Disini

Tarikh : 2 Mei 2024
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 1 orang waris di mana beliau datang untuk belajar cara untuk membuat pendaftaran secara online untuk pendaftaran tahap satu.
Aktiviti 
Waris diajar cara untuk membuka browser microsoft edge. Petugas meminta waris memasukkan alamat laman web atau dengan cara menulis perkataan carian seperti "pendaftaran prasekolah" atau "pendaftaran tahap satu" . Petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk membuat pendaftaran baru di dalam laman web yang tersedia dan juga memberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang dengan lengkap. Seterusnya terus mencetak keluar data yang telah di masukkan.

Gambar Disini

Tarikh : 16 April 2024
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul.
Aktiviti 
Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas, membuat folder baru dan cara simpan file. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul dan basic editing.

Gambar Disini