Tarikh : 2 Mei 2024
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 1 orang waris di mana beliau datang untuk belajar cara untuk membuat pendaftaran secara online untuk pendaftaran tahap satu.
Aktiviti 
Waris diajar cara untuk membuka browser microsoft edge. Petugas meminta waris memasukkan alamat laman web atau dengan cara menulis perkataan carian seperti "pendaftaran prasekolah" atau "pendaftaran tahap satu" . Petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk membuat pendaftaran baru di dalam laman web yang tersedia dan juga memberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang dengan lengkap. Seterusnya terus mencetak keluar data yang telah di masukkan.

Gambar Disini

Tarikh : 18 April 2024
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan pemahaman peserta  cara menggunakan microsoft office word dengan baik.
Aktiviti 
Aktiviti yang dilakukan ketika kelas pada hari ini adalah, peserta diminta untuk menaip sebuah artikel. Setelah selesai menaip artikel, peserta di minta untuk mengubah artikel mengikut arahan yang telah di sediakan. Arahan mudah untuk menukar sesetengah petikan dan ayat seperti menukar saiz tulisan,jenis tulisan,menambah garisan dibawah perkataan dan mengubah menggunakan arahan mudah. Peserta juga di ajar cara untuk memasukkan gambar yang telah diambil di dalam internet.

Gambar Disini

Tarikh : 16 April 2024
Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Memberi pendedahan dan info tentang internet.
Aktiviti 

Usahawan diberikan info dan maklumat berkenaan Digital Marketing Solution (DMS) sebagai solusi kepada usahawan untuk mempromosi kedai ataupun perniagaan mereka di laman sosial menggukan pakej dari TM.

Gambar Disini

Tarikh : 16 April 2024
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul.
Aktiviti 
Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas, membuat folder baru dan cara simpan file. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul dan basic editing.

Gambar Disini

Tarikh : 14 April 2024
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memberi pendedahan dan info tentang internet dan juga latihan ICT
Aktiviti 

Peserta diberikan kuiz mengenai "ICT dan Keselamatan Internet" di dalam website quizizz.com untuk melihat sejauh mana pelajar faham cara menggunakan internet di alam maya dengan selamat.

Gambar Disini