Tarikh : 6 September 2019
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Menambah pemahaman asas pembentangan multimedia menggunakan powerpoint.
Aktiviti 

Peserta di beri latihan untuk membina satu pembentangan biodata keluarga. Peserta di minta untuk mencari gambar menggunakan engin carian kemudian peserta perlu simpan dan masukkan gambar yang di pilih ke dalam slaid perbentangan. Peserta juga di ajar cara untuk membuat carian gambar menggunakan clipart. Di akhir kelas peserta boleh memasukkan gambar tanpa bantuan petugas. 

Gambar Disini

Tarikh : 6 September 2019
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Menambah pemahaman asas pembentangan multimedia menggunakan powerpoint.
Aktiviti 

Peserta di beri latihan untuk membina satu pembentangan di mana setiap slide haruslah memasukkan perkara-perkara yang telah di ajar seperti jadual, gambar dan sebagainya. Peserta membuat sambungan daripada kelas sebelum sebelumnya untuk memasukkan data ke dalam slide dan peserta di ajar cara untuk menukar atau membuat design pada template.  

Gambar Disini

Tarikh : 26 Ogos 2019
Masa   3.00 petang  - 5.00 petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Meningkatkan dan menambah pemahaman peserta menggunakan microsoft excel dengan operasi asas tambah.
Aktiviti 

Peserta di teruskan dengan latihan microsoft excel. Peserta di beri satu latihan jadual di mana peserta di minta untuk mengubah kedudukan tulisan di dalam cell dengan menggunakan format alighment. Menukar jenis tulisan,saiz tulisan, tukar warna tusan dan warnakan kotak cell. Seterusnya peserta di beri satu latihan jadual kewangan di mana peserta perlu memasukkan jumlah kewangan. Peserta di ajar cara untuk menukar format nombor kepada matawang. Peserta juga di ajar operasi mudah iaitu operasi tambah memandangkan peserta adalah pelajar sekolah rendah.

Gambar Disini

Tarikh : 5 September 2019
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan pemahaman peserta  cara menggunakan microsoft office word dengan baik.
Aktiviti 
Aktiviti yang dilakukan ketika kelas pada hari ini adalah, peserta diminta untuk menaip artikel dimana peserta perlu menggunakan format word art untuk tajuk artikel. Peserta juga di minta untuk membuat carian gambar di dalam internet dan masukkan gambar tersebut ke dalam artikel. Peserta juga di ajar cara untuk mengubahsuai image yang telah di masukkan. Peserta diminta untuk membuat kad ucapan di mana peserta perlu memasukkan element yang telah di ajar pada awal kelas. 

Gambar Disini

Tarikh : 29 Ogos 2019
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 117 orang 

 

Tujuan 
Melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. Untuk mengeratkan Pusat Internet dengan komuniti kampung. Selain itu, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi penjagaan kesihatan serta persekitaran bersih.
Aktiviti 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan, senaman regangan dan acara berjalan 1000 langkah. Selain itu, turut diadakan ceramah kesihatan bertajuk "Stress dan Kesihatan", pertandingan my shop, pertandingan menulis artikel, mewarna kanak-kanak tadika, pertandingan myplace dan kahoot. Diakhir program diadakan acara Cabutan Bertuah untuk pengunjung dan penyampaian hadiah kepada peserta. 

Gambar Disini