Tarikh : 6 Oktober 2018
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 17 orang 

 

Tujuan 
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin hubungan kerjasama dengan jabatan lain seperti jabatan kesihatan KOSPEN, IPD Bandar Baharu, Tabung Haji, Perpustakaan Awam Bandar Baharu dan Belia Melayu Aktif 
Aktiviti 

Aktiviti ketika Hari Bersama Komuniti untuk aktiviti jom kenali komputer telah dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Haji Zainuddin iaitu pelajar tahap 5 seramai 10 orang dan pengunjung lain yang datang ketika program seramai 6 orang dan seorang suririmah. Peserta diperkenalkan dengan perkakasan dan perisian komputer terlebih dahulu, seterusnya peserta di minta untuk membuat aktiviti di dalam internet iaitu "typing master".  

Gambar Disini

Tarikh : 6 Oktober 2018
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 20 orang 

 

Tujuan 
Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan aplikasi dashboard kepada komuniti setempat. 
Aktiviti 

Peserta terdiri daripada ahli belia.Peserta di beri taklimat tentang cara menggunakan dashboard komuniti. Memperkenalkan modul-modul yang terdapat di dalam dashboard komuniti dan cara menggunakan. Diakhir aktiviti peserta diberi solan kuiz di mana para peserta perlu menjawab dalam masa yang telah di tetapkan dengan menggunakan komputer.

Gambar Disini

Tarikh : 2 Oktober 2018
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Bilik CME, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu
Peserta : 11 orang 

 

Tujuan 
Memberi latihan saringan kesihatan dan pemakanan yang sihat untuk staf pusat internet.
   
Aktiviti 

Pendaftaran bermula pada pukul 2.00 petang, taklimat sesi pertama iaitu latihan saringan kesihatan kospen plus dimana petugas di beri panduan cara untuk menganbil bacan berat badan dan tinggi. peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mengira BMI. Seterusnya Peserta diberi penenrangan tentang cara menggunakan alat untuk mengambil bacaan gula dalam darah. peserta juga di ajar cara untuk mengendalikan bahan klinikal dengan betul dan selamat. Seterusnya Peserta di ajar cara untuk mengambil bacaan tekanan darah dan panduan cara membaca bacaan tekanan darah yang betul.

Selepas sesi minum petang peserta di beri penenrangan tentang pemakanan sihat dimana cara kawalan guna dan garam dalam makanan. Peserta juga di beri penerangan tentang pengambilan makanan sihat dalam kehidupan seharian.

Gambar Disini

Tarikh : 6 Oktober 2018
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 128 orang 

 

Tujuan 
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin hubungan kerjasama dengan jabatan lain seperti jabatan kesihatan KOSPEN, IPD Bandar Baharu, Tabung Haji, Perpustakaan Awam Bandar Baharu dan Belia Melayu Aktif 
Aktiviti 

Aktiviti ketika Hari Bersama Komuniti bermula dengan pendaftaran keahlian serta mempromosikan keahlian secara percuma ketika hari program. Muat turun aplikasi Dashboard dan senaman aerobik. Program dipecah kepada 2 pengurusan di mana aktiviti mewarna, jom kenali komputer,taklimat E-Rezeki, taklimat dan kuiz dashboard serta bengkel jelajah myshop diadakan di dalam Pusat Internet serdang di bahgian atas dan aktiviti sukaneka, pameran booth, pemeriksaan kesihatan,download apps, pendaftaran di adakan di luar pusat internet di bawah khemah. Di akhir program, aktiviti perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Zulkifli selaku pegawai MARA Daerah Bandar Baharu di iringi En Mohd Aziadi wakil dari pihak Telekom Malaysia. Aktiviti penyampaian hadian, cabutan bertuah seterusnya jamuan makan untuk tetamu di khemah dan jamuan makan untuk VVIP di dalam Pusat Internet.

Gambar Disini

Tarikh : 27 September 2018
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 25 orang 

 

Tujuan 
Mengeratkan talian silaturrahim antara komuniti setempat
Aktiviti 

Petugas pusat internet bersama-sama KRT Serdang melalukan gotong royong memasak bubur asyura di mana untuk mengeratkan talian silaturrahim. Bubur asyura di agihkan kepada penduduk setempat.

Gambar Disini