Tarikh : 20 Mac 2021
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 6 orang 

 

Tujuan 
Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara
Aktiviti 

Peserta diberi kursus latihan pengendalian makanan oleh Encik Azan Azuwan Baharuddin (No Siri Tenaga Pengajar KKM B/0100/15) melalui aplikasi zoom bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Gambar Disini

Tarikh : 10 Mac 2021
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Menambah pemahaman asas pembentangan multimedia menggunakan powerpoint.
Aktiviti 

Peserta mengenal jenis-jenis templat slaid dan tambahan menu yang ada pada perisian powerpoint sebagai satu teknik multimedia yang mudah. Latihan diberikan bagi melihat tahap pemahaman asas. Peserta diminta untuk memasukkan data pada setiap slide menggunakan template yang terdapat dalam slide powerpoint.

Gambar Disini

Tarikh : 5 Mac 2021
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Mendaftar perniagaan menggunakan sistem EZBIZ
Aktiviti 
Peserta ialah seorang peniaga online baru. Beliau datang ke pusat internet untuk belajar cara untuk mendaftar perniagaan meggunakan sistem EZBIZ. Petugas memberi tunjuk ajar cara bagaimana untuk mendaftar perniagaan. Peserta jugak dia ajar cara untuk mendaftar dan cara untuk mengaktifkan akaun.Setelah akaun telah diaktif kan. pelajar di ajar cara untuk mengisi data perniagaan di dalam sitem ezbiz sehingga selesai proses pembayaran. 

Gambar Disini

Tarikh : 7 Mac 2021
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 2 orang 

 

Tujuan 
Menambah pemahaman asas microsoft office word
Aktiviti 

Peserta di beri latihan untuk membina satu pembentangan biodata keluarga. Peserta di minta untuk mencari gambar menggunakan engin carian kemudian peserta perlu simpan dan masukkan gambar yang di pilih ke dalam slaid perbentangan. Peserta juga di ajar cara untuk membuat carian gambar menggunakan clipart. Di akhir kelas peserta boleh memasukkan gambar tanpa bantuan petugas. 

Gambar Disini

Tarikh : 1 Mac 2021
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Mengikuti kursus secara atas talian menggunakan aplikasi zoom 
Aktiviti 
Peserta ialah seorang penyelia asrama Sekolah Maktab Mahmud Bandar Baharu. Beliau datang ke pusat internet serdang untuk menggunakan akses internet dan komputer yang terdapat di Pusat Internet Serdang. 

Gambar Disini