Tarikh : 9 Mac 2019
Masa : 3.000 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 6 orang 

 

Tujuan 
Menambah dan meningkatkan pengetahuan serta pemahaman peserta dengan lebih baik lagi.
Aktiviti 

Peserta diberi latihan menaip artikel ringkas. Peserta di ajar cara untuk page setup, membuat margin dan juga edit artikel. 

Gambar Disini

Tarikh : 8 Mac 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan cara penggunaan komputer dengan betul
Aktiviti 
Kelas seterusnya, peserta masih di beri latihan menaip. Peserta di minta untuk menaip latihan yang di berikan. Peserta di ajar cara untuk copy perkataan dan paste perkataan yang di pilih, dan juga untuk copy perkataan atau ayat. Peserta di lihat masih lemah dalam menggunakan tetikus dengan betus dan masih perlukan lebih banyak latihan untuk memahirkan peserta untuk highlight sesuatu perkataan atau ayat.

Gambar Disini

Tarikh : 3 Mac 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkankan pemahaman peserta  cara menggunakan microsoft office word dengan baik.
Aktiviti 
Latihan kali ini ialah membuat risalah perniagaan. Peserta diberi latihan di mana peserta tidak dibenarkan untuk bertanya kepada petugas, peserta diberi latihan untuk menghasilkan risalah perniagaan sendiri berdasarkan garis panduan yang ada pada buku rujukan. Peserta perlu memasukkan semua elemen yang telah dipelajari sebelum ini seperti memasukkan gambar dari dalam internet, clip art dan juga menggunakan kotak teks, WortArt dan lain-lain fungsi berkaitan di Ms Word.

Gambar Disini

Tarikh : 4 Mac 2019
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 1 orang 

 

Tujuan 
Memberi pendedahan kepada surirumah untuk menggunakan platform e-commerce yang terdapat dalam internet.
Aktiviti 

Peserta adalah seorang surirumah. Sebelum kelas di jalankan, peserta di minta terlebih dahulu untuk mengaktifkan nombor talifon bimbit untuk TAC perbankan dalam talian. Di awal kelas, peserta di beri penerangan tentang kebaikan menggunakan kemudahan perbankan dalam talian. Peserta juga diberikan contoh laman web bank seperti CIMB, Maybank, Bank Islam dan lain- lain yang boleh dibuat perbankan online. Ketika kelas di jalankan, peserta diajar cara untuk memasukkan username dan katalaluan, peserta diajar cara untuk melihat penyata bulanan, cara muatturun penyata dan mencetak penyata. Di akhir kelas, peserta sudah boleh untuk membuka akaun tanpa bantuan dan mencetak penyata bulan selain bulan yang telah diberi tunjuk ajar.

Gambar Disini

Tarikh : 2 Mac 2019
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : 6 orang

 

Tujuan 
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul.
Aktiviti 
Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas, membuat folder baru dan cara simpan file. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul.

Gambar Disini