Tarikh | : 26 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul. | |
Aktiviti | |
Kanak-kanak tadika Kemas yang hadir terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Pelajar tadika di beri penerangan ringkas untuk mengenali perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci dan juga tetikus. Pelajar tadika dia beri pendedahan belajar menggunakan tetikus sambil belajar. Petugas membuka laman web untuk kanak-kanak mewarna dimana pelajar tadika perlu menggunakan tetikus untuk mewarna lukisan yang di pilih. |
|
Tarikh | : 24 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahri |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan dan menambah pengetahuan kepelbagaian cara untuk menggunakan microsoft office word | |
Aktiviti | |
Peserta diteruskan dengan latihan cara untuk membina jadual menggunakan microsoft word. Peserta di minta untuk membuat satu latihan jadual keputusan ujian. Peserta di ajar cara untuk memilih design jadual, mewarna jadual, menukar tulisan dan mewarna tulisan. Peserta juga di ajar format jadual di mana peserta perlu memilih untuk merge cell, delete cell, add cell. Peserta juga di beri latihan menulis artikel borang sasaran kerja tahunan, di mana peserta perlu memasukkan jadual serta format latihan yang telah belajar sebelum ini. | |
Tarikh | : 22 Februari 2019 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Memperkenalkan peralatan komputer dan memberi pendedahan cara menggunakan komputer dengan betul. | |
Aktiviti | |
Hari pertama kelas peserta diberi penerangan tentang cara menggunakan tetikus, papan kekunci, memperkenalkan cpu dan juga monitor serta hamparan yang terdapat pada paparan skrin komputer. Setelah peserta didedahkan dengan asas pengenalan komputer, peserta di beri satu latihan menulis artikel ringkas, membuat folder baru dan cara simpan file. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kepandaian peserta untuk menggunakan tetikus dan juga papan kekunci dengan betul dan basic editing. | |
Tarikh | : 24 Februari 2018 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Menambah pemahaman asas pembentangan multimedia menggunakan powerpoint. | |
Aktiviti | |
Peserta di beri latihan untuk membina satu pembentangan di mana setiap slide haruslah memasukkan perkara-perkara yang telah di ajar seperti jadual, gambar dan sebagainya. Peserta membuat sambungan daripada kelas sebelum sebelumnya untuk memasukkan data ke dalam slide dan peserta di ajar cara untuk menukar atau membuat design pada template. Seterusnya Peserta di minta untuk memasukkan animation dan transition. Peserta juga di minta untuk memasukkan bunyi dan muzik. |
Tarikh | : 17 Februari 2019 |
Masa | : 3.00petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PI Serdang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan dan menambah pemahaman peserta menggunakan microsoft excel dengan operasi asas tambah. | |
Aktiviti | |
Peserta di teruskan dengan latihan microsoft excel. Peserta di beri satu latihan jadual di mana peserta di minta untuk mengubah kedudukan tulisan di dalam cell dengan menggunakan format alighment. Menukar jenis tulisan,saiz tulisan, tukar warna tusan dan warnakan kotak cell. Seterusnya peserta di beri satu latihan jadual kewangan di mana peserta perlu memasukkan jumlah kewangan. Peserta di ajar cara untuk menukar format nombor kepada matawang. Peserta juga di ajar operasi mudah iaitu operasi tambah memandangkan peserta adalah pelajar sekolah rendah. |
|