USAHAWAN ONLINE

Nama : Norshafiza Binti Zainal
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norshafiza ialah seorang Guru KAFA di SK Dato Haji Zainuddin. Beliau menjalankan perniagaan secara sampingan. Beliau telah mengikuti kelas multimedia di bawah Program Dai Digital dengan mengikuti beberapa kursus yang telah dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Serdang. Antara kursus yang diikuti adalah Latihan Media Baru, Wordpress, dan Video Atas Talian dengan hanya menggunakan smartphone.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI Serdang, Puan Norshafiza sangat rasa janggal menggunakan internet dan smartphone untuk tujuan kerja dan juga perniagaannya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus di PI Serdang, mula berani menggunakan komputer dan teknologi smartphone untuk tujuan perniagaan sampingan. Beliau tahu cara nak upload video di Youtube, cara edit gambar tanpa perisian mahal,hanya guna telefon sahaja.

Pengiklanan melalui risalah juga ada, namun pengiklanan melalui Facebook dan WhatsApp lebih relevan kerana iklan pemasaran tidak hilang begitu sahaja.

USAHAWAN MADU KELULUT

Nama : Encik Ismail Bin Awang Kechik
Umur : 42 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

En. Ismail bekerja sebagai penjawat RELA Serdang. Beliau menjalankan perusahaan lebah kelulut serta madu kelulut di kawasan tanah lapang bersebelahan rumahnya di bawah nama Madu Kelulut Azikha. Bermula dengan hanya 5-10 sarang, namun kini melebihi 20 sarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perusahaan madu lebah kelulut ini semasa baru berusia setahun, tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana badan syarikat, perniagaan ini hanya dan mula diketahui oleh saudara mara & kawan-kawan rapat sahaja. Mengenai kemahiran ICT ataupun internet tidak berapa pandai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, perusahaan ini sudah berusia tiga (3) tahun. Dari segi pemasaran, penggunaan komputer, aplikasi WhatsApp dan internet amat membantu. Permintaan bermula dari bualan mulut kenalan rapat seterusnya penggunaan Facebook dan WhatsApp juga berkesan dalam meningkatkan permintaan, sehinggakan adakalanya kehabisan stok.Penggunaan teknologi sangat memudahkan saya untuk menerima dan menguruska tempahan pelanggan. Pelanggan hanya perlu menghantar mesej untuk membuat tempahan.

Pengiklanan melalui risalah juga ada, namun pengiklanan melalui Facebook dan WhatsApp lebih relevan kerana iklan pemasaran tidak hilang begitu sahaja.

 

 

Class6 Salon Spa Muslimah Pertama di Serdang

Puan Narzatul Wirda Binti Saidin atau lebih dikenali dengan panggilan puan wirda merupakan orang pertama yang memberanikan diri mengambil peluang untuk membuka salon muslimah. Hal ini adalah kerana faktor jauh untuk penduduk serdang keluar ke bandar berhampiran seperti parit buntar atau kulim untuk membuat rawatan penjagaan diri.

Salon spa muslimah puan wirda pada mulanya hanya mempunya seorang pekerja, kini telah bertambah kepada 3 orang pekerja disebabkan faktor permintaan tinggi untuk menggunakan khidmat spa beliau terutamanya ketika hari cuti. Pada mula pembukaan spa muslimah puan wirda hanya melakukan promosi dari mulut ke mulut kepada saudara mara dan juga rakan kenalan selain daripada iklan menggunakan flyers.

Puan wirda telah berjumpa dengan petugas Pusat Internet Serdang untuk belajar cara membuat flyers dan juga belajar komputer. Selain itu Puan wirda juga telah mengikuti beberpa kali program keusahawanan yang telah dijalankan di pusat internet Serdang. Puan wirda mula menggunakan platform whatsapp,dan juga promosi online dengan menggunakan facebook.

Kini perniagaan puan wirda semakin berkembang dan berjaya menghasilkan produk sendiri seperti jamu kunyit, barut, tunku ibu dan bayi dan juga produk berpantang yang lain selain daripada perkhidmatan sauna, potong rambut, lulur, facial muka, bertangas, mandian dan juga rendaman kaki serta berurut. Pendapatan puan wirda pada mulanya dalam lingkungan Rm500 - Rm1000 kini telah bertambah sehingga rm3000 sebulan.

 

 

USAHAWAN JAHITAN 

Nama : Puan Azyyati binti Ibrahim
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia di dalam bidang jahitan. Mempunyai anak seramai 3 orang. Beliau memulakan perniagaan jahitan baju kurung kemudian turut menerima tempahan jahitan langsir sejak tahun 1997.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan ini mula diketahui oleh saudara mara & kawan-kawan rapat sahaja. Mengenai kemahiran ICT ataupun internet tidak berapa pandai, tambahan lagi pada awalnya untuk mengakses internet pun kurang mampu.

Purata pendapatan sebelum penggunaan ICT dan ada kedai di rumah, adalah RM350 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, dengan adanya PI, Azyyati mulai mengenali dunia internet dan sudah mempunyai akaun Facebook untuk berinteraksi bersama kawan-kawan dan kenalan atau pelanggan baru.

Purata pendapatan selepas menggunakan ICT / wujudna kedai dan juga akaun Facebook, makin bertambah dari sebelumnya iaitu sekitar RM 600 – RM 800. Namun di musim perayaan dan musim cuti sekolah hujung tahun pendapatan adalah sekitar RM 1000 – 1500.

 

 

 

"Dulu, saya hanya menjalankan perniagaan sampingan saya melalui penyampaian mulut ke mulut pelanggan. Kadang-kadang ada tempahan kadang-kadang tidak (kurang tempahan). Jadi, saya mencuba mewar-warkan perniagaan sampingan saya melalui akaun Facebook peribadi saya dan www.tartsedap.blogspot.com pula. Dari situ, bermulalah perubahan sedikit. Tempahan mula bertambah dari sebelumnya terutama menjelang raya. Jadi tak menang tangan sehingga terpaksa mengambil seorang pekerja untuk bahagian mewarna biskut tart. Seterusnya saya cuba mencipta Fanpage TartSedap.com, dan juga mengiklankan ke dalam KahwinMall dan MudahMy. Alhamdulillah tempahan yang diterima agak menggalakkan. Kalau dulu sebelum guna internet sebagai platform untuk pengiklanan berkaitan produk, pendapatan yang saya peroleh adalah lebih kurang RM 200/bulan, kini meningkat menjadi lebih kurang RM 500 – 600 sebulan. Walaupun pendapatan yang diterima belum di tahap yang membanggakan tetapi saya gembira kerana berlaku perubahan bila gunakan internet, perniagaan saya semakin mendapat perhatian ramai termasuk di Sarawak." -Puan NorHafizah Mohamad Jani-

Puan Norhafizah Mohamad Jani adalah seorang pekerja swasta dan membuat perniagaan sambilan dengan mengambil tempahan kuih tart di rumah. Dengan adanya program GMBO, beliau mula melangkah lagi dengan mencipta satu laman web bagi produk hasil tangan beliau sendiri walaupun secara sampingan iaitu www.tartsedap.com.my. Beliau memang ingin membina satu laman web sejak mula berkecimpung dalam perniagaan sampingan ini tapi kos yang dikenakan baginya agak mahal. Tetapi dengan ada peluang sekarang ini iaitu dengan program GMBO, dengan hanya RM80/setahun, tambahan pula domainnya juga adalah percuma, beliau  “grab” peluang ini tanpa fikir panjang kerana bagi beliau pakej yang beliau jumpa kali ini adalah pakej termurah buat beliau.

Satu bonus untuk beliau juga bila pihak SKMM memberi geran RM1k kepada usahawan. Beliau menggunakan duit itu untuk membeli oven kapasiti sederhana dengan ada fungsi kipas. Dengan oven tersebut, hasil bakaran beliau sangat memuaskan hatinya dan pelanggan. Tiada lagi keluhan melihat hasil bakaran biskut yang rentung di bahagian dasar biskut.

Dengan internet juga, beliau belajar mencari ilham dalam mencari bagaimana menampakkan keunikan pada biskut tart beliau contohnya dalam menyediakan perkhidmatan membuat hantaran pertunangan/perkahwinan dengan biskut tart yang beliau hasilkan.