Nama : Roslinda binti Hassin
Umur : 27 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Pada awalnya peserta merupakan belia lepasan SPM yang tidak mahir menggunakan sebarang perisian di komputer. Linda tak mahir untuk menaip surat, sunting gambar dan lain-lain tugasan yang melibatkan perisian komputer.Oleh kerana rasa peri pentingnya penggunaan komputer untuk mencari pekerjaan,masa itulah Linda mengikuti kelas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet Serdang. BUkan itu sahaja, Linda juga mula rasa suka berniaga secara dropship secara separa masa, yang mana Linda sedar bahawa suntingan imej gambar juga sangat penting.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Linda tak mahir untuk menaip surat, sunting gambar dan lain-lain tugasan yang melibatkan perisian komputer. Tambahan lagi Linda mula rasa elok juga untuk cuba-cuba berniaga secara separa masa untuk tambah pendapatan sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas asas komputer, ‘Desktop Publishing’ dengan bimbingan petugas Pusat Internet Serdang,Linda mula rasa mudah dan senang menggunakan komputer untuk membuat/menambahbaik ‘resume’ untuk mendapatkan pekerjaan.Selain itu, Linda juga sudah mula ceburkan diri dengan perniagaan secara dropship - lebih mahir menyunting gambar produk berbanding sebelum sebelum ini.

Nama : Ahmad zamerul Nizam Bin Mohd Noor
Umur : 37 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Encik Ahmad Zamerul Nizam bin Mohd Noor berkecimpung dengan perniagaan minyak wangi bermula pada bulan Ogos 2019. Nama kedai yang dipilih adalah The Fragrance Family. Minyak wangi yang dihasilkan adalah minyak wangi Eau De Parfum yang di inspirasikan dari wangian antarabangsa terkemuka. Dengan menggunakan pati yang sangat berkualiti tinggi, wangian ini dapat bertahan minimum selama 8 jam pada kulit serta 24jam di baju

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI Serdang, Encik Zamerul hanya menggunakan laptop dan internet untuk urusan kerja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas suntingan imej dengan menggunakan laman web dan aplikasi Canva,Encik Zamerul banyak menggunakan Canva untuk tujuan suntingan gambar produk minyak wangi beliau untuk dimuatnaik ke Facebook.

KEMAHIRAN MENGHASILKAN RESUME

Nama : Roslinda Binti Hassin
Umur : Belia
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pada awalnya peserta merupakan belia lepasan SPM yang tidak mahir menggunakan sebarang perisian di komputer. Linda tak mahir untuk menaip surat, sunting gambar dan lain-lain tugasan yang melibatkan perisian komputer.Oleh kerana rasa peri pentingnya penggunaan komputer untuk mencari pekerjaan,masa itulah Linda mengikuti kelas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet Serdang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Linda tak mahir untuk menaip surat, sunting gambar dan lain-lain tugasan yang melibatkan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas asas komputer, ‘Desktop Publishing’ dengan bimbingan petugas Pusat Internet Serdang,Linda mula rasa menggunakan komputer untuk membuat/menambahbaik ‘resume’ untuk mendapatkan pekerjaan.

Nama : Nor Rozmilah Wati Ayuza Binti Mohamed Rozmi
Umur : 36 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Ayu telah mula membela lebah kelulut sejak tahun 2015 secara kecil kecilan. Di mana sarang mula dibina di kawasan rumah kampung ibu bapa beliau. Dan kini di rumah sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 1-3botol.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang disertai Pusat Internet Serdang, Puan Ayu kini telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan juga mula bertambah dari kalangan keluarga dan kenalan rapat sehingga pelanggan dari luar Mukim Serdang. Pendapatan bulanan Puan Ayu kini mencecah RM500-600.

USAHAWAN ONLINE

Nama : Punitah A/P Kumaran
Umur : 34 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Punitah menjalankan perniagaan kain dan pakaian untuk kaum India. Namun kini beliau hanya beroperasi di rumah sahaja. Kini menjalankan perniagaan sabun Rose dan juga servis perkhidmatan ‘surprise delivery bouquet’. Punitah memberitahu bahawa beliau sudah ada akaun Shopee namun tidak aktif dan kurang mahir  menggunakan platform Shopee untuk promosi/jualan atas talian.Kini beliau juga sudah mula mendapat hasil jualan di Shopee selepas tahu asas selepas mengikuti bengkel asas Shopee di Pisat Internet Serdang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Awalnya, Punitah kurang mahir menggunakan platform online atau e-dagang sebagai platform untuk berniaga

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Bengkel Asas Shopee di PI Serdang, beliau berasa yakin untuk ‘setup’ kedai online sendiri di Shopee. Yang paling buat beliau teruja ialah apabila beliau mula menjana pendapatan di Shopee.