USAHAWAN ONLINE

Nama : Nor Syamimi Aida binti Mohd Noor
Umur : 28 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Syamimi bekerja sebagai kerani pengurusan di Maahad Tahfiz swasta. Sejak abangnya menjalankan perniagaan ‘inspired perfume’, beliau kini mula cuba menceburkan diri berniaga sebagai dropship minyak wangi yang dihasilkan oleh abangnya. Mulanya ada rasa takut terutama bila beliau kurangmahir menggunakan platform online atau e-dagang seperti Shopee.Kini beliau sudah mula mendapat hasil jualan di Shopee selepas tahu asas selepas mengikuti bengkel asas Shopee di Pisat Internet Serdang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Awalnya, Syamimi ada rasa takut terutama bila beliau kurang mahir menggunakan platform online atau e-dagang sebagai platform untuk berniaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Bengkel Asas Shopee di PI Serdang, beliau berasa yakin untuk ‘setup’ kedai online sendiri di Shopee. Yang paling buat beliau teruja ialah apabila beliau mula menjana pendapatan ‘inspired perfume’ di Shopee.

BELAJAR MENGHASILKAN VIDEO 

Nama

  1. Umaimah binti Uzair
  2. Nur Athirah binti Ahmad Ismadi
  3. Nurfatiehah binti Zamree
  4. Nur Ain Nazreen
  5. Nur Izzati binti Zakaria
  6. Siti Nazira binti Sebari
  7. Mohammad Fadzil binti Wahab
  8. Muhammad Afiq bin Ahmad Ismadi
  9. Muhammad Irsyad bin Mohd Saad
  10. Mohammad Saiful Anuar bin Tomin
  11. Muhammad Arif bin Ahmad Ismadi
  12. Muhammad Aiman Danish bin Mazran
  13. Abdul Halim bin Abdul Majid
  14. Putri Syaffiqa binti Harun

Putri Syahila binti Harun

Umur

: 15-34 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Peserta ini terdiri daripada lima (5)  kumpulan yang dipilih oleh wakil Pejabat Belia & Sukan Daerah Bandar Baharu untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menarik seperti kursus-kursus penghasilan video. Ada di antara mereka merupakan ahli sejak 2010 dan ada juga yang mula mendekati PI1M pada hujung 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum  ini peserta tidak begitu mahir menggunakan aplikasi BandiCam untuk membuat video tutorial, tidak mahir menggunakan AudaCity dan Movie Maker.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas suntingan imej dan video pada bulan Mei dan November 2016, dengan tunjuk ajar dari pegawai PI1M, kumpulan pelajar ini kini mahir menggunakan aplikasi BandiCam dan Movie Maker sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tenaga Pengajar PI1M Serdang.

USAHAWAN ONLINE

Nama : Norlela binti Yusof
Umur : 41 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Norlela ialah seorang surirumah. Atas keperluan untuk menambahkan pendapatan keluarga dan meringankan beban suami, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara sambilan di rumah. Bermula dengan Perfway e-Mall, kini beliau beralih menjadi usahawan produk-produk Hai-O dan mengiklankan produk di Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mahir dengan ICT, Norlela lebih fokus kepada urusan rumahtangga semata-mata sehinggalah timbul satu kesedaran kepada dirinya untuk mencari pendapatan sampingan bagi mengurangkan beban suami. Beliau telah menjalankan perniagaan secara “online” di laman web Perfway tetapi hanya dengan bantuan rakan. Beliau tidak mempunyai akses secara terus kepada laman web tersebut kerana beliau tidak mahir untuk pergi ke laman web itu.  Beliau mendekati PI1M Serdang selepas diberitahu oleh jirannya yang merupakan pengunjung PI1M, yang mengatakan bahawa pihak PI1M Serdang ada menganjurkan kelas-kelas asas ICT dan sudi mengajar sehingga mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet, Norlela mula meluaskan kenalan di Facebook kerana tanpa meluaskan kenalan, beliau percaya perniagaannya tidak akan ke mana-mana. Di samping itu, beliau juga ada mempraktikkan transaksi atas talian sebagaimana yang ditunjukkan oleh petugas PI1M. Pengiklanan berkaitan produk-produk juga dimuatnaik di Facebook.

USAHAWAN ONLINE

Nama : Noor Shazela bInti Ab Hadi
Umur : 35 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan ibu bekerjaya dan menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian (‘online’) bagi menambah pendapatan. Beliau berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat (Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu) mula menjinakkan diri dalam perniagaan secara ‘online’ sejak tahun 2012.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan sampingan ini lebih diketahui oleh saudara mara & kawan-kawan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan ini mula menerima sambutan / tempahan daripada orang lain selain saudara mara dan kawan-kawan melalui Facebook Page.

USAHAWAN ONLINE

Nama : Noor Haizan   binti Mat Razali
Umur : 36 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan ibu bekerjaya dan menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian (‘online’) bagi menambah pendapatan keluarga. Terdapat beberapa jenama yang dijadikan stok dan juga terdapat juga jenama produk yang dijalankan secara sistem “dropshipping”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, hanya melihat kawan rapat sahaja yang menjalankan perniagaan sampingan di atas talian. Kemudiannya, beliau mula memberanikan diri untuk mencuba melakukan perkara yang sama. Perniagaan sampingan ini lebih diketahui oleh saudara mara & kawan-kawan rapat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan ini mula menerima sambutan / tempahan daripada orang lain selain saudara mara dan kawan-kawan melalui Facebook : Noor Haizan Izan